PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

Wednesday, June 16, 2010

Yang menarik tentang AYAH...


16 June 2010


Pastinya setiap orang yeng mempunyai ayah tau ape yang menariknya tentang mereka..begitu juga aku..bagi aku , ayah aku memang istimewa....

Ayah aku x pernah pukul anak2nya, mungkin sebab mak aku memang dah cukup garang bagi kitorang 7 beradik....seingat aku, ayah aku pernah marah aku sbb aku x nak mandi, leka nak main je, mungkin die nak pukul aku tapi x sampai hati..alahai, die pukul aku dengan tuala mandi je yang pastinya bagi aku yang nakal ni x sakit langsung...

Mase aku darjah 5, aku nak pegi rombongan ke KL, tapi disebabkan pagi2, xde bekalan elektrik, ayah aku terbangun lambat untuk kejut aku bangun, makanya, aku dah terlambat untuk siap ...sampai sekolah, bas dah bertolak, tapi x sampai hati melihat aku yang dah nangis x tertinggal bas, ayah aku terus bawak aku bonceng motor dengan dia untuk mengejar bas sekolah..alhamdulillah, aku sempat naik bas...

Ayah aku bile melihat anak die sedih pasti dia turut sedih, pernah sekali mak marahkan aku, aku sedih sangat, aku jumpe ayah, aku menangis, ayah terus peluk aku dan ayah turut menangis...

Ayah selalu masak untuk anak2nya.....dan aku seronok masak sama2 dgn ayah sbb ayah masak cincai je...tapi sedap...kalau mak, mak cerewet.....sampai hari ni, walaupon aku dah ade suami dan anak seorang, setiap kali aku balik umah ayah pasti ayah tanye aku nak makan ape...& selalunya, aku akan ajak Mr Husband beli barang dan masak dengan ayah....

Setiap kali aku nak amik result exam pasti ayah akan teman aku, baik UPSR, PMR, SPM..dan diploma...x kire result aku teruk mcm mne pon, ayah tetap teman aku...sampaikan, mase aku kat asrama, bile aku nak amik result SPM, kengkawan aku kate, aku konfiden result bagus sbb datang ngan ayah aku..walhal diorang datang sendiri sbb takut result teruk..tp sebenarnye, result aku x bagus mne pon..dan bagi aku, kalau result aku terukla, saat tu memang aku butuh ayah aku , dan ternyata, ayah aku x kecewa dgn aku....

Ayah aku yang beriya-iya nak aku jadi nurse dan alhamdulillah, disebabkan ayah aku, hari ni dah 3 tahun 10 bulan aku jadi nurse....insyallah, aku boleh jage ayah & keluargaku yang lain..

Sepanjang hidup aku , ayah selalu bimbing kitorang adik beradik buat keputusan, dan dia x pernah paksa apa pon, ayah akan ikut keputusan kitorang & pada mase yang sama ayah akan observe juga..disbbkan itu, kitorang adik beradik memang patuh dengan ayah...segala masalah pasti kitorang bincang dgn ayah...

Ayah suke guna bahasa sendiri bile bercakap, padahal kalau orang lain dgr pasti x paham pe yang ayah cakap, tapi agaknya disebbkan kitorang dah biase dgn ayah, kitorang pasti paham maksud ayah.....yang pasti kata2 ayah pasti kelakar...buat kitorang ketawa..







* Selamat hari bapa, Ayah.....


Sunday, June 13, 2010

3 langkah pertama..

13 June 2010


Malam tadi Amin RifQi berjaya berjalan 3 langkah sebanyak 3 kali cubaan....rase2nye, by the time umur Amin RifQi 11 bulan, dia akan berjalan..amin....

I wanna be a good nurse!!!!

13 June 2010

Lately ni, aku tgk mcm2 perangai nurse yg x berkualiti dan ade yang tindakan mereka boleh dikatakan membahayakan nyawa pesakit....sampai aku terpikir, satu mase dlu mase aku kate nak jadi nurse, ramai kate jgn..tau kenape?? sebab diorang kate nurse garang, nurse jahat, tapi mungkin ade gak benar kate2 diorang tu sbb ade kalangan nurse2 yang berjaya membuktikan nurse mmg jahat & garang....aku x tahu samada diorang ni x cukup diajar mase diploma..atau cukup diajar tp x nak diaplikasikan..malahan aku tgk ramai nurse sekrang yang sombong..kalau pandai x pe..ni bodoh sombong...subhanallah....semoga aku bukan dikalangan mereka..


  1. Aku nak bekerja dengan ikhlas, bukan sbb pesakit tu akan bagi aku apa2 semata2 kerana Allah....cuma pesakit yang happy dengan servis kite akan menghargai kite then, akan beri kite sesuatu sebagai tanda terima kasih, ini bukan bentuk rasuah, ikhlas dari pesakit..ade juga pesakit yang x mampu berikan apa2, tetapi mengucapkan terima kasih...hati aku senang sbb akhirnya, aku tahu mereka puas hati dengan layanan & jagaan kite....
  2. Kalau boleh aku x nak buat sesuatu kesalahan yang boleh membahayakan pesakit..aku tau nobody perfect tapi kekadang ade nurse yang saje2 yang x nak buat perfect..keja asal dapat gaji hujung bulan, x pernah pon nak nilai kepuasan bekerja ...so , aku akan cube lakukan yang terbaik untuk pesakit aku..
  3. Aku nak jaga pesakit aku seolah2 diorang tu ahli keluarga aku..aku nak jage mereka dgn perasaan kasih sayang sbb aku tgk ramai nurse sekarang dah x sayang pesakit...macam mane la ade certain2 pesakit yang buat nurse mcm robot je sbb nurse pon layan diorang mcm diorang ni bende yang xde perasaan, diorang pon bukan suke2 nak marah2, mesti ade sbb..cube paham masalah mereka, so at the end, aku percaya diorang akan paham keje kite...
  4. Kalau nasib baik aku ade buat silap mase kerje, x kirela silap kecil atau besar, aku akan jadikan ia 1 pengajaran..but 1st thing aku mesti admit dan bertanggungjawab atas kesalahan aku, baru aku akan ingat and can avoid the mistake in the future...tapi nurse sekarang banyak yg x boleh kene tegur sbb diorang rase diorang dah pandai..menyedihkan!!!

* aku ingat kate2 lecturer aku Miss Salina mase aku amik Dipoma Nursing kat UKM " kaki seorang nurse ni betul2 diatas garisan antara PAHALA & DOSA..."so, pandai2la letak dimana diri anda sebagai seorang jururawat...yang penting i wanna be a good nurse!

Thursday, June 10, 2010

Amin RifQi - 10 months old

9 June 2010

Hari ni Amin RifQi berumur 10 bulan.....gigi amin baru tumbuh satu....masih lagi breastfeed amin..anak ibu ini semakin nakal.....

Hati aku terusik simpati

8 June 2010

Seorang pesakit aku yang dia juga merupakan seorang doktor baru discaj dari ICU selepas menjalani Whipple's operation (major operation melibatkan sistem pemakanan).Aku ditugaskan khas untuk menjaga pesakit ini kerana kononnya pesakit ini sangat fussy semasa berada di Wad Mawar sebelum operation dilakukan...pertama kali pandang pesakit ini seolah2 aku dapat rasakan pesakit ini berada dalam keadaan sakit yg amat sangat tambah lagi tekanan..mungkin disebabkan dia x dpt menerima keadaanya yg disahkan menghidap kanser perut dalam jangka masa sebulan, lagi2 dia seorang doktor dan muda dengan umur 46 tahun yang mempunyai anak 3 orang berumur 7, 5 & 3 tahun......tetapi dia bertuah memiliki isteri yang sangat supportive walaupon aku tau jauh ke dalam hati isterinya, sungguh berat derita melihat suami sakit.....paesakit yang dikatakan sebelum ini selalu marah nurse, tiba2 meraung kesakitan memanggil aku,' nurse, nurse...." lalu, aku hampirinya, lantas dia terus memegang tangan aku dan berkata, "better i go....." hati seorang jururawat terusik simpati & sedih, lalu air mata ku bergenang, aku kata, " please doctor, don't say like this, i'll cry....u don't give up, we are to help u... hari seterusnya, bila aku masuk kerja dan dia nampak aku, dia terus tersenyum....nampaknya, dia tabah....

* don't be a nurse without sympathy & empathy

Tabahkan Hatimu wahai Sahabatku....

7 June 2010

Derita mu ku tahu,

Pasti teringat saat kau dikhabarkan berita gembira,
Kau bakal menjadi Ibu wahai Sahabatku,
Seperti aku ,
Gembira bagai seluruh dunia meraikannya,
Bagai seluruh isi alam mengucapkan tahniah,
Pasti kau sangat gembira,

Hari demi hari,
Kehadirannya kau rasai,
Kewujudannya kau nikmati,
Bila dia berusia 8 minggu,
Jantungnya berdegup seiring degupan jantungmu,
Hari demi hari,
Sayang dan cinta mu semakin ketara,

Tidak pernah jemu menunggu,
Usia dia 20 minggu,
Kau merasa pergerakan kecilnya,
Bergerak-gerak dibalik air yang memberi keselesaan,
Pasti gerakan pertama kau rasai dengan kesyukuran,
Sesungguhnya Allah Maha Besar,
Sungguh indah ciptaan MU,
Sungguh besar kurnianMu...

Usia dia 24 minggu,
Dia bergerak semakin kuat,
Pasti tiada kesakitan di kala dia menendang dinding rahimmu,
Pastinya kau tersenyum gembira,
Pasti kau berkata, ' oh , anakku'.....

Usia dia 28 minggu,
Pasti perutmu semakin membesar,
Kewujudan dia sungguh ketara,
Aku pasti kau tak mengeluh,
Walaupun berat kau bawa dia,
Pasti kau gembira..

Usia 32 minggu,
Hati kau semakin resah,
Hati kau semakin tak sabar,
Menanti hari yang bakal tiba,
Kau akan bertemu dia,
Walaupun katamu kau takut,
Aku tahu kau pasti mahu hari itu tiba...

Usia 36 minggu,
Kau semakin gelisah,
semakin tak sabar rasanya,
Mahu melihat sidia,
Mahu mendakap sidia,
Pasti kau kata, 'walau apa pun, ku mahukau Anakku'

Tapi,
Tak siapa menduga,
Tak siapa sangka,
Usia dia 36 minggu 4 hari,
Allah telah mengambil dia,
Mengambil dia buat selama-lamanya,
Pasti kau derita,
Pasti kau merana,
Pasti kau berkata; ' Ujian apakah ini???'
Anak yang kau kandung selama 36 minggu 4 hari kini tiada,
Pasti kau menangis,
Pasti kau meraung sakit,
Sakit kehilangan dia lebih sakit dari sakit melahirkannya,

Sahabatku,
Sesungguhnya dia hanya pinjaman untuk kau,
Ujian untuk kau,
Sesungguhnya Allah sayangkan anakmu...

Aku tahu deritamu.....

* Wahai sahabatku Anom, kau tabahkan la hatimu, semoga anakmu tenang di sana, pastinya di syurga..Al-Fatihah...


Impian , Morib

7 June 2010


Hari ni aku bawak Amin RifQi pegi swimming pool kat Impian Hotel bersama kak long, kak lang, jaja, syafiq, wawan, ain , adam.......swimming pool free la katekan..coz balong ade program kat sane so kitorang ala2 check in kat sane la tapi check in kat pool je...dah buat byk kali ..nasib baikx pernah kantoi ngan hotel management...so , kire ni 2nd time bawak Amin gi swimming pool ,1st time mase aku pregnant 4 bulan....(amin swimming dalam perut ibula that time)....ingatkan Amin takut nak masuk air, manela tau takut sejuk ke.....tapi rupenye amin sgt suke!!!!! x takut langsung anak ibu ni malah bile bawak naik nak turun pool gak.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...