PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

Wednesday, February 22, 2012

KESAN OBESITI


Sakit jantung – Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan. Didapati mereka yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal. 

Height:cm
Weight: kg
Result:
Description:
Severely Underweight:< 16.5
Underweight:16.5–18.5
Normal weight:18.5–25
Overweight:25–30
Obese Class I:30–35
Obese Class II:35–40
Obese Class III:> 40


Darah Tinggi - kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat. Apabila ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.
Hipertensi – mempercepatkan proses pengerasan arteri dan mempercepatkan proses penuaan.
Diabetes – kandungan gula tinggi dalam darah. Sekiranya pengidap diabetes dirawat dan berat badan dapat diturunkan, receptors insulin ini akan menjadi sensitif semula kepada hormon insulin.
Seseorang yang obes terdedah kepada risiko mendapat diabetes jenis 2 sebanyak dua kali ganda daripada mereka yang mempunyai berat badan normal. [utusan online]
Kanser – Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal breast kanser.
Didapati kalangan wanita yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 18 paun mempunyai dua kali ganda risiko untuk menghidap barah payu dara selepas menopaus. [utusan online]

DILEMA WANITA SELEPAS BERSALIN


Pertambahan Berat Selepas Bersalin

:: Punca
Kehamilan boleh menyebabkan perembesan dalaman dan kadar metabolisme sel lemak tidak berfungsi dengan normal serta menjadi tidak seimbang. Ini menyebabkan masalah berat berlebihan. Ketika hamil, selera mungkin bertambah baik dan rasa ingin mencuba pelbagai jenis makanan (makanan berlemak, kaya dengan protein dan gula). Ini  menyebabkan berat badan meningkat. Tempoh dalam pantang merupakan masa berat kebanyakan wanita akan bertambah. Ini adalah disebabkan oleh jumlah makanan yang diambil untuk memulihara sistem badan semula. Selepas kelahiran anak, perut dan hati akan memerlukan masa untuk menyesuaikan semula cara penghadamannya. Jika terlalu banyak makanan diambil, sisa yang masih belum dihadamkan akan tersimpan pada kocek-kocek kulit. Ini akan menjadi lemak yang terkumpul. 
Wanita yang pernah merokok sebelum kelahiran anak lebih berkebarangkalian mempunyai berat yang berlebihan selepas bersalin.

:: Ciri-ciri
Semasa hamil, biasanya berat wanita akan melebihi berat normal sebanyak kira-kira 10 hingga 30kg. Struktur fizikal  akan membesar ke arah luar sebanyak kira-kira 20% hingga 50%. Selepas kelahiran anak, rupa badan akan banyak berubah. Lemak akan berkumpul pada seluruh tubuh. Buah dada akan mula melendut. Kulit di sekitar perut juga menjadi kendur dan bahu akan kelihatan lebih bulat dan berisi. Penahanan air akan menjadi lebih jelas pada paha dan kedut akan mula hadir. Oleh itu, banyak usaha diperlukan untuk mendapat kembali susuk tubuh  sebelum bersalin. Selepas bersalin, wanita akan mula melihat perubahan pada tabiat pemakanan. Mereka juga akan berasa lemah dan biasanya pergerakan mereka juga menjadi lambat. Dalam kes yang lebih serius, sesetengah wanita mungkin tidak dapat mengawal pundi kencing mereka atau ovari mereka akan mula senget ke arah bawah.


:: Kesan
1 bulan selepas kelahiran anak merupakan masa yang terbaik untuk memulakan program pengurusan berat. Jika mendapatkan rawatan yang sesuai, peluang pemulihan boleh mencapai 100%. Anda boleh mendapat kembali susuk tubuh yang muda semula. Jika anda mendapatkan rawatan 6 bulan selepas kelahiran anak, anda akan memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk mendapat kembali susuk tubuh yang menarik dan mengurangkan berat berlebihan itu. Ingat, rawatan anda mungkin tak berkesan jika anda berlengah-lengah untuk mendapatkan bantuan profesional! Jangan mementingkan penjimatan duit dengan mendapatkan rawatan hanya selepas beberapa kelahiran. Itu hanya akan mengurangkan kebarangkalian anda untuk mendapat kembali susuk tubuh yang menawan. Peluang pemulihan adalah sangat tinggi untuk kebanyakan wanita yang mendapatkan rawatan sebaik sahaja kelahiran anak pertama. Jika anda menunggu sehingga kelahiran anak kedua, peluang pemulihan akan menurun dan jika anda menunggu sehingga selepas kelahiran anak ketiga, masa serta usaha yang diperlukan adalah lebih banyak.

KEPUTIHAN & PREMIUM BEAUTIFUL


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita
 ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. ( jaring yang terletak di girdle beautiful berfungsi untuk bebas bau dan pengudaraan supaya kemaluan kita sentiasa kering)
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon. (PB menjalankan peranan membaik pulih hormon & membantu dlm pengeluaran hormon yang teratur)
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. 
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan. ( antara Testimonial pemakai PB adalah kurang stress)
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. ( x perlu dah kalau pakai PB )
Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...