PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

Wednesday, February 22, 2012

DILEMA WANITA SELEPAS BERSALIN


Pertambahan Berat Selepas Bersalin

:: Punca
Kehamilan boleh menyebabkan perembesan dalaman dan kadar metabolisme sel lemak tidak berfungsi dengan normal serta menjadi tidak seimbang. Ini menyebabkan masalah berat berlebihan. Ketika hamil, selera mungkin bertambah baik dan rasa ingin mencuba pelbagai jenis makanan (makanan berlemak, kaya dengan protein dan gula). Ini  menyebabkan berat badan meningkat. Tempoh dalam pantang merupakan masa berat kebanyakan wanita akan bertambah. Ini adalah disebabkan oleh jumlah makanan yang diambil untuk memulihara sistem badan semula. Selepas kelahiran anak, perut dan hati akan memerlukan masa untuk menyesuaikan semula cara penghadamannya. Jika terlalu banyak makanan diambil, sisa yang masih belum dihadamkan akan tersimpan pada kocek-kocek kulit. Ini akan menjadi lemak yang terkumpul. 
Wanita yang pernah merokok sebelum kelahiran anak lebih berkebarangkalian mempunyai berat yang berlebihan selepas bersalin.

:: Ciri-ciri
Semasa hamil, biasanya berat wanita akan melebihi berat normal sebanyak kira-kira 10 hingga 30kg. Struktur fizikal  akan membesar ke arah luar sebanyak kira-kira 20% hingga 50%. Selepas kelahiran anak, rupa badan akan banyak berubah. Lemak akan berkumpul pada seluruh tubuh. Buah dada akan mula melendut. Kulit di sekitar perut juga menjadi kendur dan bahu akan kelihatan lebih bulat dan berisi. Penahanan air akan menjadi lebih jelas pada paha dan kedut akan mula hadir. Oleh itu, banyak usaha diperlukan untuk mendapat kembali susuk tubuh  sebelum bersalin. Selepas bersalin, wanita akan mula melihat perubahan pada tabiat pemakanan. Mereka juga akan berasa lemah dan biasanya pergerakan mereka juga menjadi lambat. Dalam kes yang lebih serius, sesetengah wanita mungkin tidak dapat mengawal pundi kencing mereka atau ovari mereka akan mula senget ke arah bawah.


:: Kesan
1 bulan selepas kelahiran anak merupakan masa yang terbaik untuk memulakan program pengurusan berat. Jika mendapatkan rawatan yang sesuai, peluang pemulihan boleh mencapai 100%. Anda boleh mendapat kembali susuk tubuh yang muda semula. Jika anda mendapatkan rawatan 6 bulan selepas kelahiran anak, anda akan memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk mendapat kembali susuk tubuh yang menarik dan mengurangkan berat berlebihan itu. Ingat, rawatan anda mungkin tak berkesan jika anda berlengah-lengah untuk mendapatkan bantuan profesional! Jangan mementingkan penjimatan duit dengan mendapatkan rawatan hanya selepas beberapa kelahiran. Itu hanya akan mengurangkan kebarangkalian anda untuk mendapat kembali susuk tubuh yang menawan. Peluang pemulihan adalah sangat tinggi untuk kebanyakan wanita yang mendapatkan rawatan sebaik sahaja kelahiran anak pertama. Jika anda menunggu sehingga kelahiran anak kedua, peluang pemulihan akan menurun dan jika anda menunggu sehingga selepas kelahiran anak ketiga, masa serta usaha yang diperlukan adalah lebih banyak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...