PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

Sunday, February 26, 2012

CARA MENGURANGKAN LEMAK TEPU DI BADAN:



Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
  1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
  2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakanMinyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
  3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
  4. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
  5. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
  6. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
  7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...