Payudara seorang wanita merupakan simbol keperempuanannya. Sebab itulah seorang wanita itu sangat mengambil berat tentang saiz dan bentuk payudaranya. Menjaga payudara dengan baik dan melakukan pemeriksaan ke atasnya merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan seorang wanita.
Semasa peringkat awal remaja, payudara kamu yang sedang membesar mungkin membuatkan kamu tak selesa. Biasalah tu! Kamu cuma perlu memerhatikan perubahan itu. Untuk mengelakkan ketidakselesaan, lakukan sesuatu ke atasnya untuk membuatkan kamu rasa ok.
Membeli coli pertama kamu.
Tak apa kalau kamu rasa tak selesa apabila payudara kamu mula membesar. Ia mungkin akan sedikit sakit atau senstif apabila kamu banyak melompat atau berlari. Gadis akan mula memakai coli apabila payudara mereka mula menguntum. Masa inilah kamu boleh meminta bantuan ibu atau kakak kamu untuk memilih coli yang bagus dan sesuai.
Tak apa kalau kamu rasa tak selesa apabila payudara kamu mula membesar. Ia mungkin akan sedikit sakit atau senstif apabila kamu banyak melompat atau berlari. Gadis akan mula memakai coli apabila payudara mereka mula menguntum. Masa inilah kamu boleh meminta bantuan ibu atau kakak kamu untuk memilih coli yang bagus dan sesuai.
- Melekap pada badan kamu! Minta bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ukuran datang dalam bilangan nombor diikuti dengan huruf. Huruf menandakan saiz cup atau saiz payudara kamu sementara nombor menunjukkan berapa lebar belakang kamu. Cup yang bersaiz A mungkin sesuai sekiranya kamu mempunyai payudara yang kecil. Jangan takut untuk mencuba pelbagai coli dan pilih yang mana kamu rasa sesuai dan selesa.
- Ahh selesanya. Pilih coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa dipakai. Sekiranya ia rasa agak gatal, tak perlulah kamu beli juga walaupun ia mengisi payudara kamu dengan baik. Apabila kamu mula berpeluh, bahan yang gatal itu akan merengsakan kulit kamu. Eeee rimas!
- Elakkan terlalu banyak dawai. Kamu tak perlukan coli yang berdawai sekiranya kamu baru mula memakai coli. Kamu mungkin berasa tak selesa. Ingat, kamu mesti utamakan keselesaan. Pilih coli tanpa dawai jika kamu gemar bersukan atau aktif orangnya. Dawai akan memberikan sokongan. Dengan saiz cup yang lebih kecil, coli tanpa dawai tentu akan lebih menyelesakan.
- Dapatkan tali coli yang bagus. Tali coli yang lebar memberikan sokongan yang lebih baik. Terpulanglah pada kamu. Tali yang lebih nipis dengan perincian cantik seperti riben atau renda mungkin kelihatan cantik. Sekiranya kamu suka bersukan, dapatkan coli bertali yang lebih besar yang padan dengan kamu. Pilihlah yang paling selesa buat kamu ya!
ADAKAH COLI PREMIUM BEAUTIFUL AMAT SESUAI UNTUK WANITA??? YA!! SEMESTINYA!
O
No comments:
Post a Comment