PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SHAH ALAM

Thursday, June 10, 2010

Tabahkan Hatimu wahai Sahabatku....

7 June 2010

Derita mu ku tahu,

Pasti teringat saat kau dikhabarkan berita gembira,
Kau bakal menjadi Ibu wahai Sahabatku,
Seperti aku ,
Gembira bagai seluruh dunia meraikannya,
Bagai seluruh isi alam mengucapkan tahniah,
Pasti kau sangat gembira,

Hari demi hari,
Kehadirannya kau rasai,
Kewujudannya kau nikmati,
Bila dia berusia 8 minggu,
Jantungnya berdegup seiring degupan jantungmu,
Hari demi hari,
Sayang dan cinta mu semakin ketara,

Tidak pernah jemu menunggu,
Usia dia 20 minggu,
Kau merasa pergerakan kecilnya,
Bergerak-gerak dibalik air yang memberi keselesaan,
Pasti gerakan pertama kau rasai dengan kesyukuran,
Sesungguhnya Allah Maha Besar,
Sungguh indah ciptaan MU,
Sungguh besar kurnianMu...

Usia dia 24 minggu,
Dia bergerak semakin kuat,
Pasti tiada kesakitan di kala dia menendang dinding rahimmu,
Pastinya kau tersenyum gembira,
Pasti kau berkata, ' oh , anakku'.....

Usia dia 28 minggu,
Pasti perutmu semakin membesar,
Kewujudan dia sungguh ketara,
Aku pasti kau tak mengeluh,
Walaupun berat kau bawa dia,
Pasti kau gembira..

Usia 32 minggu,
Hati kau semakin resah,
Hati kau semakin tak sabar,
Menanti hari yang bakal tiba,
Kau akan bertemu dia,
Walaupun katamu kau takut,
Aku tahu kau pasti mahu hari itu tiba...

Usia 36 minggu,
Kau semakin gelisah,
semakin tak sabar rasanya,
Mahu melihat sidia,
Mahu mendakap sidia,
Pasti kau kata, 'walau apa pun, ku mahukau Anakku'

Tapi,
Tak siapa menduga,
Tak siapa sangka,
Usia dia 36 minggu 4 hari,
Allah telah mengambil dia,
Mengambil dia buat selama-lamanya,
Pasti kau derita,
Pasti kau merana,
Pasti kau berkata; ' Ujian apakah ini???'
Anak yang kau kandung selama 36 minggu 4 hari kini tiada,
Pasti kau menangis,
Pasti kau meraung sakit,
Sakit kehilangan dia lebih sakit dari sakit melahirkannya,

Sahabatku,
Sesungguhnya dia hanya pinjaman untuk kau,
Ujian untuk kau,
Sesungguhnya Allah sayangkan anakmu...

Aku tahu deritamu.....

* Wahai sahabatku Anom, kau tabahkan la hatimu, semoga anakmu tenang di sana, pastinya di syurga..Al-Fatihah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...